Sejarah

Madrasah Khairiah Islamiah merupakan sebuah institusi pendidikan sekolah agama bantuan kerajaan. Penubuhannya lebih kurang 44 tahun yang lalu. Ia diasaskan pada tahun 1933M oleh Tuan Haji Hussin b Haji Mohd pada (1863M-1935M). Setelah beliau meninggal dunia, jawatan mudir diambil alih oleh anak beliau Tuan Hj. Ahmad. Sekolah ini didirikan di tanah wakafnya sendiri seluas satu ekar di Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Madrasah ini ditubuhkan untuk mendidik dan menanamkan semangat kasihkan agama, bangsa dan tanahair di kalangan anak bangsa serta sebagai pusat pendidikan Islam di tanahair. Kelahiran madrasah ini adalah di atas kesedaran dan semangat rakyat.

Pada permulaannya, madrasah ini mempunyai 3 peringkat pengajian iaitu Peringkat Peralihan (Tahdiri)- 1 Tahun, peringkat persediaan (Ikdadi) – 3 tahun dan peringkat Thanawi – 4 tahun. Pada tahun 1998, pelajaran akademik telah diperkenalkan.Pada tahun 2000 ini, kelas akademik adalah daripada tingkatan 1 hingga 3 dan peperiksaan PMR adalah yang pertama untuk madrasah ini.

Pentadbiran madrasah adalah di bawah Lembaga Pentadbir dan guru-guru. Fungsi utama Lembaga ini adalah untuk menentukan dan melicinkan perjalanan pentadbiran dan pelajaran Madrasah. Ahli-ahli Lembaga Madrasah terdiri daripada intelek Islam dan ulama’-ulama’. Tenaga pengajar madrasah ini terdiri daripada lepasan Universiti Timur Tengah dan tempatan serta lulusan Shahadah, STPM dan lain-lain. Jumlah tenaga pengajar di sini berjumlah 45 orang pada tahun 2012. Perjalanan sekolah lebih kepada bantuan dan sokongan derma khairat serta wakaf daripada orang ramai dan bekas pelajar. Kerajaan pusat dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang juga merupakan antara penyumbang kepada ekonomi madrasah.